Thursday, June 9, 2011

Mati itu dekat, Hidup itu InshaAllah

Pakistan sebuah negara yang bergolak, bom di mana2.. bila mendengar saja perkataan 'bom' kita sudah takut.. terasa mati itu sangat dekat. Aku pernah menulis tentang pengalaman pertama aku mendapat perintah berkurung kerana ancaman bom seminggu selepas aku tiba di Islamabad. Dan nafastari juga pernah menulis tentang hal yang sama.

Mulanya aku hendak ke mana-mana pun rasa sangat takut. Di situ ada ancaman bom, di mana-mana ada askar yang memegang senapang besar, rakyatnya boleh membeli pistol atau senjata di kedai biasa dan tidak perlu lesen pun! Oh. keadaannya sungguh menakutkan! Namun,kata orang "alah bisa, tegal biasa".. Sudah lali dengan ancaman bom, sudah lali dengan pemuda bersenapang panjang di mana-mana. Seingat aku, sepanjang aku di sana, 2 kali aku dengar dentuman bom, dan sekali aku merasa gegaran bom itu.

Kalau sudah sampai masa, kita akan mati bila-bila..
di mana, bila dan bagaimana, itu urusan Tuhan kita. Selagi diberi nikmat hidup, gunakanlah untuk kebaikan dan cegahlah kemungkaran. (Peringatan untuk diri sendiri juga).

Bencana alam tak kurang hebatnya melanda bumi Pakistan itu. Pernah beberapa kali aku merasai gegaran gempa bumi. Seingat aku,

1. semasa aku sedang menyusukan Embun, tiba2 katil bergoyang, ingatkan hantu!, haha... tiba2, encik suami berlari ke bilik dan terus bertanya, "nur, tv bergoyang!, u rasa tak apa2 bergoyang?" Keesokkan harinya kami mendengar berita mengatakan ada gempa bumi di negara jiran, Afganistan. Gegarannya sampai ke Islamabad!

2. sedang membaca buku di bilik, tiba2, bergegar lagi rumah. Lampu chandelier di bilik berbunyi dan almari baju Embun sedikit beralih kedudukan. Terus sahaja en suami menyuruh aku memakai tudung untuk bersiap2 keluar jika berlaku gegaran lagi.

Sejak itu, aku akan memastikan aku memakai pakaian yang sopan di rumah. Sekiranya berlaku sesuatu tanpa diduga seperti gempa bumi atau bom di kawasan rumah, boleh la aku berlari keluar rumah tanpa rasa segan.

7 comments:

  1. jangankan kat sana..kdg2 kat malaysia ni pun sy jd riso kalau nk pakai santai2 tkut gak kalo tetiba terjadi malapetaka ke apa so xdelaa segan nk kuar umah.smp kan nk tido mlm pun kene pakai pakaian yg elok2 risau la mana la tau kan kita bukan boleh jangka apa akan berlaku,gempa bumi mgkinla tidak tp bg sy yg duduk umh tinggi2 ni kenela bersiap sedia dgn sebarang kemungkinan spt bgunan runtuh ke,kebakaran ke,rompakan ke apa kan.pernah sekali masa gempa bumi kat sumatera kt umh sini terasa gegarannya time tu dhla baru je lps mandi duk berkemban ngn tuala laju2 pakai bju huhu takut gakla.

    ReplyDelete
  2. ...alah bisa tegal biasa...peristiwa2 tu semua menjadikan kita lbh menghargai negara sendiri :-)

    ReplyDelete
  3. cik puan nurul.. kan? hehe.. betul, kena siap sedia walaupun dalam rumah..

    che lin, hehe... saya tak pandai la pepatah ni..mana satu yg betul ek, siap google lagi.. ada yg tulis alah bisa tegal biasa, ada yg tulis alah bisa tegal biasa, ada yang tulis bisa tegal alah biasa... ahahahaha... mana2 la, janji maksud sampai... hehee... aci tak? ;p

    ReplyDelete
  4. Pengalaman Pn. Mawar bukan semua orang dapat rasa. Hal macam inilah yang membuatkan saya bersyukur tinggal di Malaysia. :)
    p/s: hujan batu di negeri sendiri


    Lepak sambil bersantai di NazZue.com
    Entri terkini: Follower Ramai Tapi Trafik Menurun

    ReplyDelete
  5. betulla, kdg2 kat umah pakai biase2 ... baru nxt week terpk gak klu berlaku ape2 nak lari kuar pun segan , mana nak carik tudung n baju sesuai lagi huhuhu. minta dijauhkan malapetaka x terduga.

    ReplyDelete
  6. Pengalaman yg sama bagi kami yg tinggal di sri lanka.Tambah2 lagi ancaman tsunami.

    lepas bersalin anak sulung dulu,dah kena tsunami warning.punyalah takut dlm perjalanan dari hospital nk ke rumah.jalanraya pulak mmg betul2 tepi laut..

    tp,pengalaman tu semua mendewasakan.. :D

    ReplyDelete
  7. salam mawar..
    betul kata mawar memang suasana di Pakistan mcm tu. senjata di mana2.cuma di islamabad terkawal skit lah. kalau majlis kawin dorang tembak keudara bunyi mcm perang dah. ada sorang student mesia kat karachi penah kena peluru yg jatuh dr langit masuk ke lengan. dulu saya penah naik bas dari rawalpindi ke karachi.. perjalanan 1 ari 1 mlm. yg bagus nya setiap waktu solat drebar berenti kat memana masjid utk solat sebab mazhab dorang hanafi tidak mengharuskan solat jamak. nak dijadikan cerita dlm perjalanan tadi tu ada road block.. polis periksa bas terjumpa beberapa peluru milik sorang pakistani. terus diheretnya turun bas siap bagi penampar lagi. soal siasat dlam khemah tepi jalan. adalah dlm stgh jam pastu penumpang tu naik bas semula dan perjalanan diteruskan. hehe. kalau kat mesia??? hmmm

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023