Sunday, November 1, 2009

Update on " Hidup di Pakistan"

Salam all...

Sudah seminggu lebih kami pulang semula ke bumi Pakistan setelah hampir 3 minggu "bercuti" di Malaysia.. huhu.. Keadaan di sini semakin mendebarkan, semakin banyak ancaman, semakin banyak benda unpredictable, namun kehidupan di sini harus diteruskan...

Sesampai kami di Pakistan pada malam 23 Oktober yang lepas, kami diberitahu yang malam sebelumnya ada earth quake, dan sewaktu kami di Malaysia , letupan bom berlaku di IIU Islamabad.. dan kami diarahkan untuk lebih berhati2 untuk ke tempat2 awam selepas ini..

Seminggu di sini, digegarkan pula dengan berita letupan bom di Meena City,Peshawar yang mengakibatkan hampir 100 lebih orang mati. Semoga Allah merahmati mangsa yang terkorban. Kemudian beberapa hari lepas, ada gegaran yang kuat berlaku di rumah. Sedang aku menyusukan embun, tiba2 katil bergoyang, ku fikirkan hantu! Encik suami pula waktu itu di bilik tv, dan terus berlari ke bilik tgk keadaan kami. Terus dia suruh aku pakai tudung dan bersiap untuk keluar rumah jika berlaku gegaran lagi. Alhamdulillah, gegaran itu cuma sementara.. dan kami kembali tidur seperti biasa.

Keesokkan harinya dapat berita bahawa ada earth quake berlaku di Afghanistan dengan bacaan 6.0.. Aku pun sebenarnya tak berapa paham skala yang diberi tu. kata Encik suami gegaran 6.0 tu kira cam kuatla juga. Apa pun syukur Alhamdulillah, kami masih boleh teruskan hidup seperti biasa.. memang mencabar duduk tempat orang ni.. kadang2 best juga sebab ada benda baru yang kita experience! ;p

Sekarang ni dah nak masuk waktu winter, cuaca dah mula sejuk, dulu summer boleh cecah 50 darjah celcius, dan sekarang kadang2 menurun smp 11 darjah celcius. Kat dalam rumah ni memang slalu pakai socks dan baju dan seluar sampai 2 lapis. Kata orang di sini, temperature mungkin akan mececah minus bila musim winter nanti! dan minyak masak kat dapur akan beku.wahaa... tak dapat aku bayangkan! nak basuh pinggan menggigil la..

Kulit aku kembali kering dan gatal2 macam aku mula2 datang ke Pakistan dulu. Semakin rajinlah aku memakai krim dan losyen. ahaks! memang itu aku paling malas nak manjakan kulit. tapi apakan daya, tak sanggup tgk kulit bersisik cam ikan kerapu ni..

Embun pula sekarang sudah 6 bulan lebih. Dah pandai bermain sendiri dan merangkak.. Suka senyum dan gelak2, dan sangat comel bila pakai coat! hehe.. tapi kesian dia, pipi dia merah2 disebabkan cuaca. kadang tgk comel plak, cam anak mat salleh je! he..



2 comments:

  1. salam cik mawar..saya hendak bertanya..hhehe..kain cotton..nk tempah lg bole ker? umi i berkenan die nak satu..

    ReplyDelete
  2. memang baby kalau sejuk jadi merah yer kulit dia?atau alahan?nanti kena pakai macam earphone kat telinga dia....yang ada bulu-bulu tu kan...apapun semoga embun and her parent selamat...kak tak dapat bayangkan kalau p tempat macam mawar n family p....mengalir air mata bah kot?

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023